Abstract
Kadang-kadang berlaku keadaan di dalam sesuatu organisasi bahawa terdapat pembayaran yang dibuat secara silap, sedangkan ianya tidak sepatutnya dibuat. Perkara ini boleh berlaku atas beberapa faktor, yang utamanya ialah disumbangkan oleh pegawai yang terlepas pandang berkenaan pembayaran yang dibuat itu. Insiden sebegini mungkin melibatkan jumlah yang kecil, namun tidak dinafikan bahawa berlaku juga kesilapan atas amaun yang agak besar. Artikel ini akan berkisar sekitar kesilapan yang dilakukan sama ada ketika mengeluarkan arahan atau kesilapan fakta sehingga menyebabkan pembayaran dibuat, walaupun pada asasnya pembayaran itu tidak sepatutnya dibuat. Perkongsian selanjutnya akan memberikan sedikit pencerahan dan pemahaman tentang prinsip dan keperluan perundangan berkaitan dengan kesilapan dalam pembayaran ini. Rujukan silang juga turut dibuat dengan beberapa kes mahkamah yang akan menunjukkan pengoperasian prinsip perundangan yang berkaitan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Nordin, Shahrin UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Pejabat Penasihat Undang-Undang |
| Journal or Publication Title: | Lex Amicus: Bulletin of the Office of the Legal Advisor |
| Keywords: | Legal services, University law, Legal advisor, Seksyen 73 Akta Kontrak 1950 |
| Date: | January 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132365 |
