Undang-undang dan tatacara surcaj

Khalid, Azlena and Nordin, Shahrin and Samsudin, Adlin and Maharam, Nor Azila and Mohd Annuar, Nurfarizma Rahayu (2016) Undang-undang dan tatacara surcaj. Bulletin. Pejabat Penasihat Undang-Undang, Shah Alam.
Abstract

Seksyen 14-22 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] mengadakan peruntukan bagi pengenaan surcaj ke atas pegawai-pegawai dan bekas pegawai-pegawai sesuatu badan berkanun. Seksyen 14 menyatakan alasan-alasan bagi pengenaan surcaj, umumnya, surcaj akan dikenakan jika seseorang itu bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang-barang simpanan atau harta lain UiTM. Surcaj boleh dipotong daripada gaji atau pencen: S.20 Surcaj ialah suatu hutang kepada UiTM. Seksyen 19 menghendaki tiap-tiap surcaj yang dikenakan ke atas seseorang pegawai dicatatkan dalam Rekod Perkhidmatannya. Pengenaan surcaj ke atas seseorang pegawai tidak akan menghalang permulaan apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya. Ini diperuntukkan dalam Seksyen 22. Pegawai yang akan disurcaj hendaklah diberi peluang untuk didengar (14 hari) dan hendaklah diberitahu secara bertulis mengenai keputusan untuk mengenakan surcaj ke atasnya: Seksyen 15, 16 dan 17. Tiada hak untuk rayuan. Tetapi Lembaga Pengarah mempunyai kuasa untuk mengurangkan atau menghapuskan surcaj: S.18.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132364.pdf]
Text
132364.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics