Abstract
Seksyen 14-22 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] mengadakan peruntukan bagi pengenaan surcaj ke atas pegawai-pegawai dan bekas pegawai-pegawai sesuatu badan berkanun. Seksyen 14 menyatakan alasan-alasan bagi pengenaan surcaj, umumnya, surcaj akan dikenakan jika seseorang itu bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang-barang simpanan atau harta lain UiTM. Surcaj boleh dipotong daripada gaji atau pencen: S.20 Surcaj ialah suatu hutang kepada UiTM. Seksyen 19 menghendaki tiap-tiap surcaj yang dikenakan ke atas seseorang pegawai dicatatkan dalam Rekod Perkhidmatannya. Pengenaan surcaj ke atas seseorang pegawai tidak akan menghalang permulaan apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya. Ini diperuntukkan dalam Seksyen 22. Pegawai yang akan disurcaj hendaklah diberi peluang untuk didengar (14 hari) dan hendaklah diberitahu secara bertulis mengenai keputusan untuk mengenakan surcaj ke atasnya: Seksyen 15, 16 dan 17. Tiada hak untuk rayuan. Tetapi Lembaga Pengarah mempunyai kuasa untuk mengurangkan atau menghapuskan surcaj: S.18.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Khalid, Azlena UNSPECIFIED Nordin, Shahrin UNSPECIFIED Samsudin, Adlin UNSPECIFIED Maharam, Nor Azila UNSPECIFIED Mohd Annuar, Nurfarizma Rahayu UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Pejabat Penasihat Undang-Undang |
| Journal or Publication Title: | Lex Amicus: Bulletin of the Office of the Legal Advisor |
| Keywords: | Legal services, University law, Legal advisor, Surcaj |
| Date: | January 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132364 |
