Abstract
Edisi ke-14 Majalah EON mengetengahkan tema “Menjulang Inovasi, Memperkasa Ekonomi,” yang menekankan bahawa inovasi kini menjadi keperluan penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan daya saing negara. Inovasi lahir daripada keberanian berfikir di luar kebiasaan, penerimaan teknologi, serta keupayaan menukar ilmu kepada penyelesaian bernilai. Dalam konteks ekonomi, inovasi berperanan memperkukuh industri, mewujudkan sektor baharu dan membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi. Oleh itu, kerjasama antara penyelidikan akademik, industri dan dasar kerajaan amat penting bagi membina ekosistem pembangunan yang kukuh. Edisi ini menghimpunkan pelbagai perspektif dan amalan terbaik bagi menggerakkan inovasi demi memperkasa ekonomi serta menginspirasi kolaborasi dalam kalangan pensyarah, saintis dan pelajar.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan, Pusat Pengajian Biologi UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) L Education > L Education (General) Q Science > QH Natural history - Biology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
| Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
| ISSN: | 2773-5869 |
| Keywords: | Inovasi, ekonomi, kolaborasi, pembangunan mampan |
| Date: | October 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132282 |
