Laporan AKNC 2017 Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur

UiTM, Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur (2017) Laporan AKNC 2017 Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. In: Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC).
Abstract

Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) merupakan di antara fakulti alam bina yang tersohor dan tertua di Malaysia. Asas penubuhan ITM (sebelum UiTM) yang termaktub dalam Akta 173 adalah bertujuan untuk melahirkan golongan profesional di kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Selari dengan kehendak tersebut maka FSPU telah ditubuhkan pada Julai 1967 yang pertama kalinya dikenali sebagai Kajian Seni Gunaan. Pada tahun 1971, fakulti ini diubah nama kepada Kajian Senibina Perancangan dan Ukur dan kemudian dinamakan sebagai Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) sehingga sekarang. Fakulti ini terdiri dari 11 Pusat Pengajian dalam bidang alam bina dan menawarkan 31 program akademik untuk peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. 11 Pusat Pengajian tersebut adalah dari Pusat Pengajian Perancangan Bandar & Wilayah, Pusat Pengajian Senibina, Pusat Pengajian Ukur Bahan, Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Pusat Pengajian Pembinaan, Pusat Pengajian Senibina Dalaman, Pusat Pengajian Senibina Landskap, Pusat Pengajian Ukur Bangunan, Pusat Pengajian Pengurusan Taman dan Ameniti, Pusat Pengajian Sains Ukur & Geomatik dan Pusat Pengajian Siswazah. Pada ketika ini terdapat 5 kampus yang terdiri dari Shah Alam, Puncak Alam, Seri Iskandar, Arau dan Kota Samarahan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132244.pdf]
Text
132244.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics