Abstract
Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) merupakan di antara fakulti alam bina yang tersohor dan tertua di Malaysia. Asas penubuhan ITM (sebelum UiTM) yang termaktub dalam Akta 173 adalah bertujuan untuk melahirkan golongan profesional di kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Selari dengan kehendak tersebut maka FSPU telah ditubuhkan pada Julai 1967 yang pertama kalinya dikenali sebagai Kajian Seni Gunaan. Pada tahun 1971, fakulti ini diubah nama kepada Kajian Senibina Perancangan dan Ukur dan kemudian dinamakan sebagai Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) sehingga sekarang. Fakulti ini terdiri dari 11 Pusat Pengajian dalam bidang alam bina dan menawarkan 31 program akademik untuk peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. 11 Pusat Pengajian tersebut adalah dari Pusat Pengajian Perancangan Bandar & Wilayah, Pusat Pengajian Senibina, Pusat Pengajian Ukur Bahan, Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Pusat Pengajian Pembinaan, Pusat Pengajian Senibina Dalaman, Pusat Pengajian Senibina Landskap, Pusat Pengajian Ukur Bangunan, Pusat Pengajian Pengurusan Taman dan Ameniti, Pusat Pengajian Sains Ukur & Geomatik dan Pusat Pengajian Siswazah. Pada ketika ini terdapat 5 kampus yang terdiri dari Shah Alam, Puncak Alam, Seri Iskandar, Arau dan Kota Samarahan.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Lectures and lecturing |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
| Journal or Publication Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
| Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
| Keywords: | AKNC, FSPU, 2017 |
| Collections: | Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
| Date: | 2017 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132244 |
