Kefahaman simbol matematik dan penyelesaian masalah dalam kalkulus lanjutan

Mohamed, Siti Asmah and Kechil, Rafizah and Ahmad, Nurhafizah (2025) Kefahaman simbol matematik dan penyelesaian masalah dalam kalkulus lanjutan. The New Frontiers Of E-Learning : Shaping The Future Of Education, 10. pp. 133-139. ISSN 978-629-98755-7-4

Official URL: https://appspenang.uitm.edu.my/sigcs/

Abstract

Kalkulus lanjutan merupakan kursus asas dalam program Kejuruteraan di peringkat ijazah sarjana muda yang menuntut pelajar menguasai kemahiran prosedural dan kefahaman konseptual. Simbol matematik seperti kamiran berganda (∬), kamiran tertutup (∮), notasi vektor (⃗), parameterisasi dan siri tak terhingga (Σ) berfungsi sebagai bahasa formal dalam menggambarkan konsep kompleks. Walau bagaimanapun, ramai pelajar cenderung melihat simbol sebagai arahan mekanikal tanpa memahami makna sebenar, sekali gus menjejaskan prestasi dalam penyelesaian masalah berbentuk konseptual dan aplikasi dunia sebenar. Kajian ini melibatkan 40 orang pelajar ijazah sarjana muda Kejuruteraan di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Reka bentuk kajian berbentuk kuantitatif dengan pendekatan korelasi, menggunakan dua instrumen iaitu ujian literasi simbol kalkulus lanjutan dan ujian penyelesaian masalah berasaskan prosedural, konseptual serta aplikasi. Analisis deskriptif dan korelasi Pearson menunjukkan tahap kefahaman simbol pelajar berada pada tahap sederhana. Prestasi pelajar dalam menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah berprosedur lebih baik berbanding soalan berbentuk aplikasi. Kajian ini membuktikan adanya hubungan signifikan antara kefahaman simbol matematik dan keupayaan penyelesaian masalah, sekali gus menegaskan kepentingan literasi simbol dalam pengajaran kalkulus lanjutan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Siti Asmah
sitiasmah109@uitm.edu.my
Kechil, Rafizah
rafizah025@uitm.edu.my
Ahmad, Nurhafizah
nurha9129@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Analysis > Calculus
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: The New Frontiers Of E-Learning : Shaping The Future Of Education
ISSN: 978-629-98755-7-4
Volume: 10
Page Range: pp. 133-139
Keywords: Kefahaman, Kalkulus lanjutan, Simbol matematik
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132074
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 132074.pdf] Text
132074.pdf

Download (757kB)

ID Number

132074

Indexing

Statistic

Statistic details