Abstract
Membaca merupakan satu aktiviti atau tabiat yang perlu dipupuk dalam kalangan warga sekolah khasnya kepada golongan murid. Membaca sering dikatakan dapat menambah ilmu. Namun tabiat ini sukar dipupuk dan dibentuk terutamanya kepada murid-murid sekolah. “Perpustakaan Terbuka” dibina untuk menyemai tabiat dan menimbulkan rasa minat membaca dalam diri murid-murid. Ruangan ini bersifat santai. Kajian telah dijalankan oleh pihak Pusat Sumber Sekolah dan mengenal pasti faktor-faktor kurangnya minat membaca dalam kalangan mereka. Antaranya adalah ruang dan suasana yang kondusif. Atas factor itu PSS SK. Pinang Tunggal berusaha mewujudkan satu ruang membaca yang santai dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa untuk tujuan tersebut. Novelty and Uniqueness: Disediakan untuk aktiviti membaca secara santai dan boleh digunakan pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja. Pinjaman buku di pusat sumber dijadikan tiket untuk menggunakan ruang perpustakaan terbuka.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Rastam, Siti Azlina UNSPECIFIED Harun, Aabidah UNSPECIFIED Muhd Hasmawi, Farrah Irdina Humayrah UNSPECIFIED Mohd Fuad, Ummi Shahirah UNSPECIFIED Salmi, Afiqah Aqasyah UNSPECIFIED Abdul Rahim, Nurulqaisara Tihani UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Handbooks, manuals, etc. Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Libraries > Library science. Information science |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management |
| Page Range: | p. 63 |
| Keywords: | Faktor, Minat, Membaca |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132037 |
