Abstract
Perpustakaan Spa Retosc merupakan perpustakaan yang dibina untuk peningkatan pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas (MBK) di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Johor (SMPKVIP). SMPKVIP menempatkan 3 kategori MBK iaitu kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan dan masalah pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan Perpustakaan Spa Retocs dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar termasuk tahap pembacaan pelajar. Kajian ini menggunakan Model kualiti perkhidmatan, Boone and Kurtz, 1996 supaya menjadi panduan kepada pengkaji semasa menjalankan kajian. Reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan seramai 20 orang pelajar. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excell. Hasil dari analisis data yang diperolehi menunjukkan 100% dapatan bersifat positif dalam diri murid terhadap inovasi Perpustakaan Spa Retosc. Novelty and Uniqueness: Perpustakaan ini mempunyai spa di dalamnya iaitu refleksologi, gunting rambut lelaki & perempuan, manicure dan pedicure. Hampir setiap minggu Perpustakaan Spa ini akan dikunjungi oleh pihak sekolah lain untuk membuat lawatan penanda aras ke perpustakaan ini.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Jailani, Mohd Shahriman UNSPECIFIED Abd Rahim, Rahizul UNSPECIFIED Mohd Nawar, Muhammad Hasif UNSPECIFIED Ramdhan, Fahrurrazi UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Libraries > Library science. Information science |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management |
| Page Range: | pp. 58-59 |
| Keywords: | Perpustakaan Spa Retosc |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132015 |
