Suara kepimpinan UiTM: perutusan pendaftar dirakam melalui inisiatif audio siar PTAR

UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR (2026) Suara kepimpinan UiTM: perutusan pendaftar dirakam melalui inisiatif audio siar PTAR. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

30 Januari 2026 | Shah Alam — Program Rakaman Audio Siar Perutusan Pendaftar kepada Persatuan Pegawai Eksekutif UiTM telah berjaya dilaksanakan hasil jaringan kerjasama strategik antara Persatuan Pegawai Eksekutif Universiti Teknologi MARA dan Perpustakaan Tun Abdul Razak. Rakaman berlangsung di Ruang Media PTAR UiTM Shah Alam, sebagai inisiatif memperkukuh komunikasi, perkongsian maklumat dan pembudayaan ilmu dalam kalangan pegawai eksekutif universiti. Rakaman ini menampilkan Tuan Haji Muhamad Nizam bin Noordin, Pendaftar UiTM, sebagai panel jemputan yang menyampaikan perutusan berfokus hala tuju, tadbir urus dan pengukuhan profesionalisme warga UiTM. Kehadiran beliau telah disantuni oleh Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, sebagai simbol sokongan kepimpinan perpustakaan terhadap inisiatif ilmu berimpak tinggi. Inisiatif audio siar ini mencerminkan peranan PTAR sebagai pemudah cara kandungan strategik universiti, memanfaatkan kemudahan media dan kepakaran pengurusan ilmu bagi memastikan mesej kepimpinan dapat diakses secara lebih meluas, fleksibel dan berimpak.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR
korporatptar@uitm.edu.my
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: PTAR, IQRA', Bulletin, Pendaftar
Collections: Buletin IQRA'
Date: January 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131921
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131921.pdf] Text
131921.pdf

Download (4MB)

ID Number

131921

Indexing

Statistic

Statistic details