Perpustakaan UPM dan UiTM | membaca pantas, berfikir cerdas!

UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR (2026) Perpustakaan UPM dan UiTM | membaca pantas, berfikir cerdas! Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Sempena Festival Membaca UPM 2026, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia telah menjemput instruktor dan fasilitator Speed Reading dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk mengendalikan Bengkel “Speed Reading” yang berlangsung dengan penuh energi dan inspirasi pada 20 Januari 2026 di Bilik Malawati 1, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS). Dalam tempoh 2 jam penuh fokus (2.30 – 4.30 petang), seramai 40 peserta yang terdiri daripada warga UPM serta pelajar dan guru SMK Agama Putrajaya telah mencabar diri mempelajari teknik membaca lebih pantas, memahami dengan lebih mendalam dan berfikir dengan lebih strategik. Setiap helaian bukan sekadar dibaca – tetapi difahami dan dihayati. Bengkel yang dipimpin oleh Puan Siti Salwa A. Rahman selaku instruktur utama, dengan sokongan fasilitator Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli. Sesi interaktif, latihan hands-on dan teknik praktikal menjadikan suasana bengkel hidup, menyeronokkan dan penuh “aha moment” untuk para peserta. Kolaborasi UPM dan UiTM ini bukan sekadar perkongsian kepakaran, malah satu usaha memperkasa budaya membaca pintar dan pembelajaran sepanjang hayat. Inilah semangat Festival Membaca UPM 2026 – membina komuniti pembaca yang cekap, kritis dan bersedia menghadapi cabaran ilmu masa hadapan. Bila membaca jadi lebih pantas, ilmu jadi lebih luas.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR
korporatptar@uitm.edu.my
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: PTAR, IQRA', Bulletin, UPM
Collections: Buletin IQRA'
Date: January 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131914
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131914.pdf] Text
131914.pdf

Download (4MB)

ID Number

131914

Indexing

Statistic

Statistic details