Abstract
Taklimat Reading List telah diadakan pada 21 Januari 2026 (Rabu) jam 9.00 pagi secara Google Meet bagi memantapkan kompetensi staf dalam pengurusan pembangunan Senarai Bacaan akademik di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan serta pengukuhan kefahaman berkaitan pengurusan Reading List sebagai sumber rujukan akademik yang menyokong keperluan pengajaran dan pembelajaran, di samping memastikan pematuhan keperluan akreditasi program. Program dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pengarah Bahagian Sumber Rujukan Universiti Dr. Adlina Abdullah yang menekankan halatuju serta sasaran pemilikan bahan Reading List bagi tahun 2026. Seterusnya, taklimat diteruskan dengan pembentangan oleh Cik Anis Fadilah Zulkifli (Pustakawan) yang mengupas panduan terkini proses pengurusan Reading List, manakala Puan Nur Azian Azis (Pustakawan Kanan) pula berkongsi Panduan Cadangan e-Buku kepada staf perpustakaan UiTM yang terlibat secara langsung dalam pengurusan Reading List. Taklimat ini telah dihadiri oleh 87 orang staf dan menjadi platform pengukuhan amalan terbaik dalam pengurusan Reading List selaras dengan keperluan akademik UiTM.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR korporatptar@uitm.edu.my |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
| ISSN: | 2735-1920 |
| Keywords: | PTAR, IQRA', Bulletin, Taklimat |
| Collections: | Buletin IQRA' |
| Date: | January 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131910 |
