Lawatan penanda aras EKSA PTAR ke JAKESS perkukuh amalan terbaik sektor awam

UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR (2026) Lawatan penanda aras EKSA PTAR ke JAKESS perkukuh amalan terbaik sektor awam. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Shah Alam, 16 Januari 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi melihat dan mempelajari amalan terbaik yang dilaksanakan oleh jabatan tersebut. Lawatan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, JAKESS ini bertujuan memperkasa pelaksanaan EKSA melalui perkongsian pengalaman, pendekatan pengurusan persekitaran kerja kondusif serta budaya kerja berkualiti yang diamalkan. Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil Penyelaras EKSA JAKESS, diikuti ucapan balas oleh Pengerusi EKSA PTAR. Program diteruskan dengan taklimat EKSA, sesi soal jawab serta lawatan ke ruang kerja terpilih bagi meninjau pelaksanaan EKSA secara praktikal. Lawatan ini diharap dapat memberi nilai tambah kepada PTAR dalam memperkukuh tadbir urus, kecekapan organisasi dan penambahbaikan berterusan selaras dengan aspirasi sektor awam.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR
korporatptar@uitm.edu.my
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: PTAR, IQRA', Bulletin, EKSA
Collections: Buletin IQRA'
Date: January 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131906
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131906.pdf] Text
131906.pdf

Download (4MB)

ID Number

131906

Indexing

Statistic

Statistic details