Jelajah ilmu perkukuh peranan perpustakaan UiTM sebagai rakan strategik akademik

UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR (2026) Jelajah ilmu perkukuh peranan perpustakaan UiTM sebagai rakan strategik akademik. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

SHAH ALAM, 15 Januari 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (Sains dan Teknologi), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama strategik Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah menganjurkan Program Jelajah Ilmu – Library Open Day, satu inisiatif berimpak tinggi yang memfokuskan pemerkasaan literasi maklumat, pendigitalan sumber serta sokongan penyelidikan universiti. Program yang berlangsung di Actuarial Resource Centre, FSKM ini bertujuan memperluas kesedaran warga akademik terhadap peranan perpustakaan sebagai rakan strategik pembelajaran dan penyelidikan, selari dengan aspirasi UiTM dalam membudayakan penggunaan ilmu secara berkesan dan berteraskan teknologi. Menurut Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, penganjuran Program Jelajah Ilmu mencerminkan pendekatan proaktif perpustakaan dalam mendekati komuniti akademik secara langsung. Penganjuran Program Jelajah Ilmu ini mendapat sambutan positif daripada pelajar, pensyarah dan penyelidik FSKM yang memanfaatkan peluang mendapatkan bimbingan secara langsung daripada pustakawan dan koordinator PRIME. Program ini turut meningkatkan kesedaran warga fakulti terhadap kepentingan kemahiran Bacaan Pantas sebagai satu nilai tambah dalam pembelajaran dan pengurusan bahan akademik. Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan Perpustakaan UiTM dalam memperkasa ekosistem akademik universiti melalui pendekatan inovatif dan kolaboratif, selari dengan aspirasi UiTM untuk melahirkan graduan berilmu, berdaya saing dan berfikiran global.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR
korporatptar@uitm.edu.my
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: PTAR, IQRA', Bulletin, Jelajah ilmu
Collections: Buletin IQRA'
Date: January 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131904
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131904.pdf] Text
131904.pdf

Download (4MB)

ID Number

131904

Indexing

Statistic

Statistic details