Kunjungan hormat Ketua Pustakawan UiTM ke Seri Negeri Melaka

UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR (2026) Kunjungan hormat Ketua Pustakawan UiTM ke Seri Negeri Melaka. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA, Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, pada 7 Januari 2026 (Rabu) bertempat di Seri Negeri Melaka. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik serta memperkasa pembangunan dan pengurusan perpustakaan serta pusat sumber sebagai pemangkin budaya ilmu, pemeliharaan warisan dan transformasi pengetahuan di peringkat negeri serta institusi pendidikan. Dalam pertemuan tersebut, Perpustakaan UiTM turut menyatakan kesediaan untuk membantu dari segi pendigitalan khazanah ilmu dan warisan, selain meneroka kolaborasi strategik bersama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bagi memperluas akses, pemeliharaan kandungan intelektual serta pengembangan jaringan ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Turut hadir Rektor UiTM Cawangan Melaka, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Haji Mohd Rasdi bin Haji Zaini, bersama Encik Norhazlan Nordin, Ketua Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka. Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan UiTM dalam menyokong agenda literasi, pemerkasaan ilmu dan pengukuhan ekosistem perpustakaan yang inklusif, berdaya saing dan mampan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR
korporatptar@uitm.edu.my
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: PTAR, IQRA', Bulletin, Kunjungan hormat
Collections: Buletin IQRA'
Date: January 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131900
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131900.pdf] Text
131900.pdf

Download (4MB)

ID Number

131900

Indexing

Statistic

Statistic details