Lebih 1,000 naskhah buku sumbangan YBhg. Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham diterima PTAR

UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR (2026) Lebih 1,000 naskhah buku sumbangan YBhg. Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham diterima PTAR. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

7 Januari 2026 | Jeram, Kuala Selangor – Sebanyak 100 kotak buku yang mengandungi lebih 1,000 naskhah hasil sumbangan YBhg. Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham, Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan telah berjaya diambil dari Jeram, Kuala Selangor untuk diserahkan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), baru-baru ini. Operasi pengambilan buku tersebut telah diketuai oleh Encik Abdul Razak Abdul Rahman dan dibantu oleh empat orang petugas iaitu Encik Muhammad Nazri bin Azli, Encik Remie bin Salleh Udin, Encik Mohammad Faiz bin Pakir Mohamad dan Encik Mohamad Salim bin Ali yang memastikan semua kotak buku dipindahkan dengan selamat dan teratur. Setibanya di PTAR Undang-Undang, kesemua 100 kotak buku berkenaan telah diangkat dan disusun di Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang (PTUU) dengan kerjasama enam orang kakitangan Perpustakaan iaitu Encik Muhammad Nur Azri Bin Salmi, Encik Herman Bin Tanbeh, Encik Md Haizar Bin Jamian, Encik Khairil Isrun Bin Abdullah Sani, Encik Zulfadhli Bin Sihat dan Mohd Sihabudin bin Che Ishak @ Ramli. Proses pemindahan dan penyusunan berjalan lancar. Sumbangan buku-buku tersebut memberi nilai tambah yang besar kepada koleksi PTAR, khususnya dalam memperkaya sumber rujukan akademik dan bacaan ilmiah dalam bidang undang -undang untuk pelajar serta penyelidik. Pihak PTAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham atas sumbangan yang berharga ini, serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan proses pengambilan dan penyerahan buku tersebut.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Unit Korporat & Kolaborasi PTAR
korporatptar@uitm.edu.my
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: PTAR, IQRA', Bulletin, Sumbangan
Collections: Buletin IQRA'
Date: June 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131896
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131896.pdf] Text
131896.pdf

Download (4MB)

ID Number

131896

Indexing

Statistic

Statistic details