Abstract
Zaman kegemilangan ilmu menjadi satu sejarah pada umat Islam di dunia. Kesannya lahir ramai tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal dan juga terbentuk pelbagai kumpulan ataupun puak yang cuba menyebar dan menguasai dunia dengan ilmu kepakaran mereka. Antara golongan yang wujud pada zaman tersebut adalah golongan Dahriyyun. Golongan Dahriyyun telah di definisikan oleh Al-Khawarizmi sebagai golongan yang percaya kepada keabadian masa. Selain itu, Imam al-Ghazali mengatakan Golongan Dahriyyun menolak kewujudan pencipta. Maka, dalam kajian ini pengkaji akan menceritakan sejarah kemunculannya serta ciri-ciri golongan Dahriyyun. Seterusnya, pengkaji akan mengupas pandangan ulama terdahulu dan Ulama kontemporari tentang golongan Dahriyyun. Kajian menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian perpustakaan dengan merujuk bahan ilmiah seperti buku, jurnal, artikel, akhbar dan majalah. Pengkaji mendapati golongan Dahriyyun masih wujud sehingga kini, akan tetapi dalam bentuk moden yang dikenali sekarang sebagai golongan Atheis.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Badaruddin, Siti Aisyah UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Works against Islam and the Koran |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 221-223 |
| Keywords: | Atheism, Dahriyah, Islam |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131889 |
