Pengaruh efikasi kendiri dan nilai terhadap niat menggunakan kain basahan di kalangan pelajar UiTM Kelantan

Yusoff, Muhammad Saiful Anuar and Wan Azib, Wan Nor Hazimah and Mohamad, Siti Sarah and Mustafa @ Busu, Zanirah and Mohd Shari, Asma Shazwani (2018) Pengaruh efikasi kendiri dan nilai terhadap niat menggunakan kain basahan di kalangan pelajar UiTM Kelantan. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.3: 4. pp. 208-213. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat faktor yang mempengaruhi niat menggunakan kain basahan semasa mandi berdasarkan kepada perspektif Jangkaan-Nilai (Expactancy-Value). Pengaruh dua pemboleh ubah teori jangkaan-nilai, iaitu jangkaan terhadap kemampuan diri (efikasi kendiri) dan nilai kepentingan kain basahan terhadap niat untuk menggunakan kain basahan dikaji. Sebanyak 272 data diperoleh daripada pelajar yang mengikuti dua kluster pengajian di UiTM Kelantan iaitu kluster sains & teknologi dan sains sosial. Untuk tujuan analisis, SmartPLS 3 digunakan. Hasil daripada pengujian model kajian membuktikan kewujudan pengaruh yang signifikan efikasi kendiri dan nilai subjektif penggunaan kain basahan terhadap niat untuk menggunakan kain basahan. Hasil kajian ini memberikan sudut pandangan yang berguna dalam membangunkan strategi yang afektif untuk meningkatkan lagi jangkaan dan penilaian yang positif terhadap penggunaan kain basahan di kalangan pelajar UiTM Kelantan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131887.pdf]
Text
131887.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics