Pengaruh keagamaan terhadap pembangunan moral belia: aplikasi teori modal sosial

Wan Mohamed, Wan Nazihah and Nik Din, Nik Muniyati and Ahmad Tajuddin, Nur Hafizah and Mustapha, Zaiton (2018) Pengaruh keagamaan terhadap pembangunan moral belia: aplikasi teori modal sosial. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.3: 3. pp. 202-207. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Inisiatif pembangunan negara, Transformasi Negara 2050 (TN50), telah dilancarkan dengan sasaran bahawa Malaysia akan menjadi antara 20 negara terbaik di dunia pada tahun 2050. Pelan ini merangkumi transformasi pendidikan negara, ekonomi, kesejahteraan, alam sekitar, teknologi, interaksi sosial rakyat dan tadbir urus dengan matlamat untuk membentuk sebuah negara yang berkaliber dengan pemikiran yang sangat baik. Namun begitu, aspek keagamaan dari segi nilai kemanusiaan, hormat sesama agama dan kesejahteraan rakyat perlu dititikberatkan di dalam mencapai inisiatif TN50 demi melahirkan generasi masyarakat yang berfikiran global dan profesional di samping memiliki pegangan agama kukuh serta unggul. Selaras dengan itu, kajian ini menggunakan Teori Modal Sosial dengan mengaitkan faktor keagamaan berdasarkan kerangka model King dan Furrow (2004) untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi aspek tingkah laku belia terhadap pembangunan modal insan serta kaitannya dengan pengamalan aktiviti agama. Teori Modal Sosial merangkumi hubungan belia dengan ibu bapa, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling manakala model kerangka King and Furrow (2004) merangkumi agama sebagai sebahagian daripada aspek sosial yang mempengaruhi tingkah laku moral individu. Objektif am bagi kajian ini adalah mengenalpasti samada aspek keagamaan mempunyai pengaruh terhadap aspek modal sosial yang menjurus kepada pembentukan nilai moral individu tersebut. Kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik berstruktur yang diedar kepada pelajar UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu. Dapatan kajian ini boleh digunakan untuk mengenalpasti strategi pembentukan nilai moral ke arah mencapai objektif TN50 khususnya dalam pembangunan modal insan di kalangan belia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131886.pdf]
Text
131886.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics