Abstract
Inisiatif pembangunan negara, Transformasi Negara 2050 (TN50), telah dilancarkan dengan sasaran bahawa Malaysia akan menjadi antara 20 negara terbaik di dunia pada tahun 2050. Pelan ini merangkumi transformasi pendidikan negara, ekonomi, kesejahteraan, alam sekitar, teknologi, interaksi sosial rakyat dan tadbir urus dengan matlamat untuk membentuk sebuah negara yang berkaliber dengan pemikiran yang sangat baik. Namun begitu, aspek keagamaan dari segi nilai kemanusiaan, hormat sesama agama dan kesejahteraan rakyat perlu dititikberatkan di dalam mencapai inisiatif TN50 demi melahirkan generasi masyarakat yang berfikiran global dan profesional di samping memiliki pegangan agama kukuh serta unggul. Selaras dengan itu, kajian ini menggunakan Teori Modal Sosial dengan mengaitkan faktor keagamaan berdasarkan kerangka model King dan Furrow (2004) untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi aspek tingkah laku belia terhadap pembangunan modal insan serta kaitannya dengan pengamalan aktiviti agama. Teori Modal Sosial merangkumi hubungan belia dengan ibu bapa, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling manakala model kerangka King and Furrow (2004) merangkumi agama sebagai sebahagian daripada aspek sosial yang mempengaruhi tingkah laku moral individu. Objektif am bagi kajian ini adalah mengenalpasti samada aspek keagamaan mempunyai pengaruh terhadap aspek modal sosial yang menjurus kepada pembentukan nilai moral individu tersebut. Kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik berstruktur yang diedar kepada pelajar UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu. Dapatan kajian ini boleh digunakan untuk mengenalpasti strategi pembentukan nilai moral ke arah mencapai objektif TN50 khususnya dalam pembangunan modal insan di kalangan belia.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mohamed, Wan Nazihah wnazihah@kelantan.uitm.edu.my Nik Din, Nik Muniyati nikmuniyati@kelantan.uitm.edu.my Ahmad Tajuddin, Nur Hafizah nurha6052@kelantan.uitm.edu.my Mustapha, Zaiton zaiton630@kelantan.uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology > Social influence. Social pressure |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 202-207 |
| Keywords: | Islamic ethics, Social capital, Youth |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131886 |
