Abstract
MYCUTI merupakan aplikasi yang dibangunkan dengan menggunakan teknologi sumber terbuka bagi memenuhi keperluan pelajar yang memerlukan platform bagi membuat permohonan cuti atau kebenaran tidak menghadiri kelas. Melalui amalan yang dilaksanakan sebelum ini pelajar perlu untuk menghantar borang secara manual kepada penasihat akademik telah menimbulkan masalah seperti keperluan untuk mencetak borang tersebut, memohon kebenaran melalui penasihat akademik dan menunggu kelulusan daripada timbalan pengarah akademik yang akan mengambil masa dan kelulusan tersebut tidak dapat diketahui oleh pelajar dalam masa yang singkat. Oleh itu, objektif bagi aplikasi yang dibangunkan ini adalah bagi memberi kemudahan kepada pelajar untuk membuat permohonan dengan menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun ke dalam peranti mobil pelajar. Pelajar akan mengisi maklumat melalui borang di dalam aplikasi ini dan menghantar permohonan tersebut kepada penasihat akademik. Kelulusan daripada penasihat akademik dan timbalan pengarah akademik juga boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam dan pelajar tidak perlu mencetak borang secara fizikal. Impak kepada penggunaan aplikasi ini akan menyokong kepada teknologi hijau yang dapat mengurangkan penggunaan kertas secara fizikal. Di samping itu juga, ianya menyokong teknologi 4 IR yang mana membenarkan pelajar dan pihak pengurusan kolej mengadaptasi teknologi di dalam keperluan seharian dan juga menjimatkan masa pelajar. Aplikasi yang dimuat turun ke dalam peranti mobil adalah dilihat lebih mudah untuk di akses dan mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai salah satu aplikasi yang boleh digunakan oleh pelajar di institusi lain juga.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Husain, Mazlaine UNSPECIFIED Tazari, Fazlisham UNSPECIFIED Iskandar, Fariq UNSPECIFIED Mohamad Suhaimi, Muhammad Hafiz UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Mobile computing |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 220-224 |
| Keywords: | Aplikasi mobil, Teknologi sumber terbuka, Teknologi hijau, Pengurusan cuti |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131845 |
