Abstract
Tahniah kepada semua warga kampus UiTM Sarawak kerana kita sekali lagi memenangi Anugerah Kualiti Naib Canselor (ANC) 2005 dengan membawa pulang piala pusingan dan RM 20,000.00. Melihat kepada sejarah, kita telah memenangi anugerah ini sebanyak 4 kali dan telah memenangi ANC 3 kali berturut-turut bagi tahun 2003, 2004 dan 2005. Kemenangan ini merupakan kemenangan bagi semua warga kampus UiTM Sarawak kerana kita telah sama-sama bekerjasama dalam menjayakan program pengurusan berkualiti di UiTM Sarawak. Tanpa penglibatan yang menyeluruh dari warga kampus, kemenangan ini tidakakan dicapai. Walaubagaimanapun, kemenangan hanya akan tinggal sejarah sekiranya kita tidak dapat mengamalkan proses penambahbaikan berterusan. Oleh itu sekali lagi kita berharap agar dapat sama-sama mengamalkan Sistem Pengurusan Berkualiti berteraskan kepada penambahbaikan berterusan seterusnya memperkasakan "Human Capital" untuk kecemerlangan UiTM Sarawak.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Sawani, Yussri UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (ANC), UiTM Sarawak, Pengurusan kualiti |
| Date: | February 2006 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131776 |
