Abstract
Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pameran komponen yang terdapat di dalam CPU, tayangan multimedia, demonstrasi aplikasi mudahalih (mobile app) dan demonstrasi dron. Para pelajar amat gembira dan teruja dengan pengisian pameran kerana mereka bukan sahaja berpeluang melihat bahan pameran secara lebih dekat malah diberi peluang untuk mencuba. Pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz diberikan saguhati. Slot ceramah pula dikhaskan kepada para pelajar Tingkatan 5 dan diisi dengan maklumat serta perkembangan terkini dunia IT. Penerangan ringkas mengenai syarat-syarat kemasukan ke UiTM juga dikongsikan agar para pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang hala tuju mereka selepas mendapat keputusan SPM 2016 kelak. Aktiviti seumpama ini secara tidak langsung mendekatkan para pelajar dan warga sekolah dengan Jabatan Sains Komputer, khasnya dan juga UiTM secara umum.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abang, Mohammad UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Bulan sains dan teknologi, SMK Kota Samarahan, STEM, UiTM Sarawak |
| Date: | July 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131704 |
