Abstract
Pada 3 Mac 2016, UiTM Sarawak telah mengambil bahagian dalam Program Eduquest School Education Fair bertempat di SMK Sg. Maong, Kuching. Pameran ini turut disertai oleh berbagai universiti-universiti tempatan dan juga universiti-universiti luar negara yang mempunyai program bersama seperti Nottingham University di Semenyih dan Reading University di Johor. Booth UiTM siap beroperasi pada jam 8 pagi. Walau bagaimanapun, booth UiTM hanya dikunjungi ramai pelajar dan ibubapa selepas keputusan SPM diumumkan iaitu pada sekitar jam 10 pagi. Pelajar dan ibubapa yang berkunjung ke booth telah diberi penerangan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di UiTM Sarawak dan garis panduan untuk memohon kemasukan ke UiTM Sarawak. Secara keseluruhannya misi akademik ini telah berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan dari colon lepasan SPM dan ibubapa yang hadir.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abang, Mohammad UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Eduquest, School education fair, UiTM Sarawak |
| Date: | July 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131702 |
