Abstract
Misi akademik UiTM Sarawak di SMK Petra Jaya bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari pada 3 Mac 2016. Walau bagaimanapun kebanyakan pelajar dan ibubapa hanya mengunjungi ruang pameran UiTM selepas keputusan SPM diumumkan pada jam 10.30 pagi. Petugas bagi misi akademik ini adalah seramai dua orang daripada Fakulti Sains Gunaan. Manakala pengunjung yang hadir pula terdiri daripada pelajar, ibubapa serta guru-guru. Pelajar-pelajar yangmengunjungi ruang pameran menunjukkan minat untuk memasuki pelbagai program yang ditawarkan di UiTM Sarawak. Kebanyakan soalan yang diajukan kepada pihak petugas adalah mengenai program-program yang ditawarkan di UiTM Sarawak dan juga syarat-syarat kelayakan minimum. Pihak petugas juga telah memaklumkan kepada pelajar yang berminat untuk datang ke kampus UiTM Sarawak atau melayari laman web UiTM untuk maklumat tambahan. Selain itu, petugaspetugas juga telah menggalakkan pelajar-pelajar untuk hadir ke Program Ekspo Selangkah ke UiTM yang diadakan pada 11 hingga 13 Mac 2016 di Dewan Jubli, Kampus Samarahan 1 bagi melihat pameran dari berbagai fakulti mengenai kursus-kursus yang terdapat di UiTM Sarawak. Secara keseluruhannya, misi akademik di Sekolah Petra Jaya telah berlangsung dengan jayanya.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Bebe Norlita UNSPECIFIED Mohd Selihin, Nurhafizah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Misi akademik, UiTM Sarawak, SMK Petra Jaya, Program Ekspo Selangkah ke UiTM |
| Date: | July 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131693 |
