Abstract
Pameran Pendidikan Antarabangsa Borneo Post (BPIEF) 2016 kali ketujuh telah dianjurkan pada 27 dan 28 Februari 2016 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Petugas yang hadir pada program tersebut adalah Cik Jong Li Ling dan Dr. Sandra Sim Phek Lin. Di antara program yang mendapat sambutan para pengunjung adalah Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Diploma Sains, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Ukur Bahan, Diploma Bangunan dan Diploma Kejuruteraan Kimia yang ditawarkan di Kota Samarahan, serta Diploma Pengurusan Ladang yang ditawarkan di Mukah. Di samping itu, program di bawah pusat pengajian siswazah yang mereka minati adalah Phd/Master of Business Administration dan Master in Education. Selain itu, Diploma in Culinary Arts yang ditawarkan oleh UiTM juga menjadi pilihan mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. Pengunjung juga berminat terhadap yuran pengajian program di peringkat diploma atau sarjana/doktor falsafah. Secara keseluruhan, pameran ini mendapat sambutan yang baik dan telah berjalan dengan lancar.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Li Ling, Jong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Misi akademik, UiTM Sarawak, Pameran Pendidikan Antarabangsa Borneo Post (BPIEF) |
| Date: | July 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131691 |
