Abstract
Dungun, 28 Disember 2025 – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi dengan kerjasama Perpustakaan Cendekiawan telah menganjurkan Projek Young Engineer FKM: Think Like An Engineer – The 3D Bridge Design Challenge bertempat di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT. Program pemindahan ilmu ini disertai seramai 21 orang pelajar sekolah rendah (7 hingga 12 tahun) sekitar Daerah Dungun dan kebanyakkan daripada mereka merupakan anak-anak staf UiTMCT. Program ini bertujuan memperkenalkan asas kejuruteraan secara awal melalui pendekatan santai, interaktif dan pembelajaran berasaskan projek. Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas kejuruteraan struktur, kreativiti reka bentuk serta penyelesaian masalah secara praktikal. Melalui aktiviti reka bentuk jambatan 3D menggunakan pen 3D, peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dicabar untuk membina jambatan berdasarkan kriteria kekuatan, kestabilan, kreativiti dan kecekapan penggunaan bahan. Aktiviti ini turut menggalakkan kerjasama berpasukan, komunikasi dan pemikiran kritis dalam kalangan peserta.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Idris, Abdul Hadi UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
| ISSN: | 2735-1920 |
| Keywords: | PTAR, IQRA, Buletin, Young Engineer FKM. |
| Date: | December 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131651 |
