Abstract
Dungun, 31 Disember 2025 – Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah menganjurkan Sesi Resensi Buku bersama Pelajar bertempat di Sudut AZKA@Library Community Engagement. Program ilmiah ini melibatkan seramai 45 orang pelajar UiTMCT dan bertujuan memupuk budaya membaca serta menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan mahasiswa. Program yang berlangsung dari jam 5.00 petang hingga 6.30 petang ini dilaksanakan secara berkumpulan dengan menggunakan empat buah buku terpilih sebagai bahan bacaan. Sepanjang sesi, pelajar diberi pendedahan mengenai kepentingan menganalisis bahan bacaan secara mendalam melalui aktiviti pembentangan resensi buku. Pembentangan merangkumi pengenalan buku, latar belakang penulis, tema utama, ringkasan isi kandungan, analisis kritikal serta pandangan peribadi terhadap mesej dan nilai yang diketengahkan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Idris, Abdul Hadi UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
| ISSN: | 2735-1920 |
| Keywords: | PTAR, IQRA, Buletin, Perkongsian ilmu. |
| Date: | December 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131634 |
