Abstract
Pada 17 Disember 2025 (Rabu), Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun telah menerima Lawatan Kerja Rasmi Yang Berusaha Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM. Ketibaan beliau disambut oleh Yang Berusaha Dr. Ermeey Abd. Kadir, Rektor UiTM Cawangan Terengganu bersama barisan pegawai dan warga perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT). Lawatan dimulakan dengan sesi temu mesra bersama pihak pengurusan kampus sebelum Ketua Pustakawan menghadiri sesi Taklimat Pengurusan Perpustakaan UiTMCT yang disampaikan oleh En. Shahrol Nizam Johol, Timbalan Ketua Pustakawan. Taklimat merangkumi aspek struktur organisasi, perkhidmatan yang ditawarkan, koleksi semasa serta pencapaian terkini perpustakaan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Idris, Abdul Hadi UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
| ISSN: | 2735-1920 |
| Keywords: | PTAR, IQRA, Buletin, Lawatan kerja. |
| Date: | December 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131625 |
