Latihan PERMATA dan speed reading

Ismail, Ahmad Azmil Reza (2025) Latihan PERMATA dan speed reading. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah berjaya menganjurkan sesi Latihan PERMATA dan Speed Reading pada 12 September 2025. Program penting ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama PTAR dan melibatkan penyertaan daripada pelajar yang sedang menjalani latihan industri di perpustakaan tersebut. Inisiatif ini dilaksanakan dengan matlamat utama untuk memperkenalkan sistem maklumat baharu perpustakaan iaitu sistem PERMATA di samping memperkasakan kemahiran membaca pantas (speed reading) dalam kalangan peserta. Sesi latihan berinformatif ini telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Peserta telah diberikan pendedahan mendalam mengenai penggunaan sistem PERMATA serta dilatih dengan pelbagai teknik membaca dengan pantas. Kaedah- kaedah ini amat berguna untuk memberi kefahaman maklumat dalam tempoh yang lebih singkat, sekali gus meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Program ini dikendalikan oleh tiga orang penceramah yang terdiri daripada staf berpengalaman PTAR iaitu Puan Nur Dayana Binti Mohd Narwawi, Pustakawan bersama Encik Mohd Azhari Bin Maarop, Pembantu Pustakawan Kanan dan Encik Akhimullah Bin Azmil, Pembantu Pustakawan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Ahmad Azmil Reza
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography > Libraries > Collections
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: PTAR, IQRA, Buletin, Latihan PERMATA.
Date: December 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131603
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131603.pdf] Text
131603.pdf

Download (2MB)

ID Number

131603

Indexing

Statistic

Statistic details