Abstract
Dalam konteks Islam penglibatan politik lebih menekankan persamaan, kebebasan dan penglibatan dalam politik. Persamaan merujuk kepada hak sama rata bagi setiap individu yang mahu melibatkan diri dalam politik tidak kira sama ada seseorang itu kaya, miskin, tua ataupun muda. Manakala kebebasan politik merujuk kepada kebebasan untuk memilih mana-mana pemimpin tanpa rasa takut dan individu mempunyai hak menyuarakan pendapat serta mengkritik pemerintah sekiranya tindakan yang dilakukan tidak wajar. Penglibatan pula merujuk kepada kebiasaan bagi setiap individu melibatkan diri dalam hal-hal berkaitan politik. Bagi peranan agen sosialisasi seperti keluarga, masyarakat setempat dan media massa dilihat mampu meningkatkan dan menggalakkan penglibatan individu dalam proses pilihan raya. Artikal ini menfokuskan kepada belia Melayu dalam mengenalpasti sejauh mana faktor keluarga, masyarakat setempat dan media massa dapat mempengaruhi penglibatan dalam proses pilihan raya terdiri daripada mendaftar sebagai pengundi, melakukan semakan mengundi dan mengundi pada pilihan raya akan datang. Seramai 906 orang responden dikenal pasti bagi menjawab soal selidik yang telah disediakan. Kaedah diskriptif digunakan untuk menganalisis ciri-ciri responden. Manakala kaedah regrasi logistik digunakan untuk mengenalpasti jangkaan faktor pendorong belia Melayu dalam proses pilihan raya. Dapatan kajian menunjukkan terdapat jangkaan faktor-faktor yang signifikan bagi setiap proses pilihan raya yang diketengahkan. Bagi regrasi logistik jangkaan penglibatan belia Melayu dalam proses mendaftar sebagai pengundi menunjukkan hanya faktor media massa sahaja signifikan (p=0.014**). Manakala jangkaan bagi melakukan semakan mengundi menunjukkan faktor masyarakat setempat singnifikan (p=0.039**) dan faktor media massa sangat signifikan (p=0.000***). Dan bagi jangkaan faktor pendorong belia Melayu dengan proses akan mengundi pada pilihan raya akan datang menunjukkan hanya faktor keluarga sahaja signifikan (p=0.049**). Secara keseluruhan artikal ini menerangkan bahawa terdapat jangkaan faktor pendorong tertentu dalam meningkatkan penglibatan belia Melayu dalam proses pilihan raya. Sekiranya faktor bagi setiap proses pilihan raya ini diberikan perhatian sudah semestinya mampu meningkatkan penglibatan belia Melayu dalam proses pilihan raya di Malaysia.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Samsi, Abdul Hadi hadisamsi88@gmail.com Ab. Rahman, Amaludin amal@upm.edu.my Ku Samsu, Ku Hasnita hasnita@upm.edu.my Ismail, Mohd. Mahadee mahadee@upm.edu.my |
| Subjects: | J Political Science > JF Political institutions and public administration > Elections. Electoral systems. Voting J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > Asia > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 162-168 |
| Keywords: | Political participation, Voting, Youth |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131518 |
