Pendekatan siasah syar’iyyah dalam kawalan kehiburan di negeri Kelantan

Che Ibrahim, Mohd Asri and Mustapha, Ainun Afifah and Mohamad, Shukeri (2018) Pendekatan siasah syar’iyyah dalam kawalan kehiburan di negeri Kelantan. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.2: 7. pp. 117-124. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji konsep siasah syar’iyyah dan pendekatannya dalam peraturan kesenian di negeri Kelantan. Untuk mencapai objektif tersebut, penulis telah meneliti polisi kesenian kerajaan Kelantan dan penerapannya dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, Garis Panduan Persembahan Kebudayaan (Hiburan) 1998 dan Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003. Namun begitu kajian ini lebih berfokus kepada pendekatan siasah syar’iyyah melalui penguatkuasaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 dengan membuat analisa terhadap program pembaharuan kerajaan Kelantan dalam bidang kesenian dan hiburan. Untuk mencapai tujuan tersebut, penulis telah menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis dokumen rasmi seperti surat pekeliling, warta, enakmen dan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan. Hasil kajian, penulis mendapati pembaharuan yang dilakukan sepanjang tempoh tersebut menepati dengan siasah syar’iyyah dan menjadikan aktiviti kesenian dan hiburan di Kelantan yang lebih Islamik. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada pengkayaan khazanah budaya Melayu Islam yang bersesuaian dengan syariat serta pembentukan model siasah syar’iyyah dalam bidang kesenian dan hiburan yang bertepatan dengan hukum syarak. Semoga kajian ini dapat membantu para pengkaji kesenian pada masa akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131511.pdf]
Text
131511.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics