Konsep Wasatiyyah dalam pelaksanaan amar makruf nahi mungkar: aplikasinya dalam konteks kemungkaran politik

Abd Rahman @ Sabri, Nor Amalina and Wan Jusoh, Wan Hishamudin (2018) Konsep Wasatiyyah dalam pelaksanaan amar makruf nahi mungkar: aplikasinya dalam konteks kemungkaran politik. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.2: 1. pp. 84-89. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Waṣatiyyah (kesederhanaan) merupakan suatu konsep yang diketengahkan oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah yang sentiasa mengamalkannya dalam setiap aspek kehidupan. Konsep ini turut menjadi dasar bagi pembangunan, ekonomi, kesatuan rakyat dan juga politik negara Malaysia. Konsep wasaṭiyyah turut ditekankan dalam menjalankan segala perintah Allah SWT, termasuk juga dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Namun begitu, terdapat segelintir daripada kalangan pemimpin yang melakukan kemungkaran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir negara dan keadaan ini menjurus kepada kemungkaran yang lebih besar apabila munculnya segolongan rakyat yang bertindak secara melampau bagi menangani kemungkaran politik tersebut. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan konsep wasaṭiyyah dalam pelaksanaan amar makruf nahi mungkar, khususnya terhadap kemungkaran yang berlaku dalam bidang politik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemungkaran yang berlaku dalam bidang politik perlu diatasi oleh setiap lapisan masyarakat berdasarkan keilmuan dan kekuasaan yang ada pada diri masing-masing. Penguasa perlu mencegah kemungkaran menggunakan kuasa yang ada pada dirinya, ulama perlu menggunakan lisan atau percakapan dan orang awam pula perlu menggunakan hati untuk menjauhi perbuatan mungkar. Ketiga-tiga peringkat pencegahan kemungkaran ini menepati maksud wasaṭiyyah. Pelaksanaan pencegahan yang wasaṭiyyah dapat menjamin kestabilan politik negara dan juga keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Rahman @ Sabri, Nor Amalina
noramalinaabdrahman@gmail.com
Wan Jusoh, Wan Hishamudin
whishamudin@unisza.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and state
J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > Asia > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 84-89
Keywords: Islam and politics, Islamic ethics, Moderation
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131505
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131505.pdf] Text
131505.pdf

Download (2MB)

ID Number

131505

Indexing

Statistic

Statistic details