Pendekatan asas dalam komunikasi dakwah menurut perspektif Islam

Mahmad, Muhamad Amar and Dato’ Dahaman@ Dahlan, Mohd Akram and Ahmad, Kamarudin (2018) Pendekatan asas dalam komunikasi dakwah menurut perspektif Islam. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.1: 10. pp. 62-67. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Islam bersifat syumuliah dalam semua aspek dan relevan untuk setiap zaman. Ianya mencangkupi aspek untuk membina toleransi yang baik sesama manusia seperti dalam konteks pendekatan komunikasi. Hal ini kerana pendekatan komunikasi merupakan aspek yang sangat penting di dalam merealisasikan keberkesanan sesuatu maklumat yang disampaikan khususnya dalam menyampaikan dakwah. Artikel ini cuba menyorot dan mengenal pasti beberapa pendekatan komunikasi yang telah disarankan di dalam Islam dengan menggunakan istilah-istilah yang pelbagai. Metod yang diguna pakai oleh pengkaji adalah kaedah kepustakaan dengan meneliti beberapa ayat al-Quran, as-sunnah dan beberapa pandangan para cendikiawan yang ada hubung kait dengan subjek kajian. Sorotan dan analisis ini mendapati pendekatan komunikasi sangat signifikan di dalam menentukan kejayaan dakwah yang merangkumi istilah seperti Qaulan Sadida, Qaulan Karima, Qaulan Maysura, Qaulan Baligha, Qaulan Layyina dan Qaulan Ma’rufa. Secara umumnya gaya komunikasi tersebut sangat relevan untuk dijadikan panduan utama kepada para pendakwah dalam mengaplikasikannya khususnya dalam masyarakat plural di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131425.pdf]
Text
131425.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics