Islam asas keutuhan sistem pemerintahan beraja

Muhammad Melayong, Muhammad Hadi (2018) Islam asas keutuhan sistem pemerintahan beraja. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.1: 8. pp. 52-56. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Negara Brunei Darussalam memang dimaklumi dengan amalan falsafah negaranya Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai asas menjamin kemakmuran, kesejahteraan, keamanan serta perpaduan hidup bermasyarakat yg berpegang teguh kepada nilai-nilai keIslaman yang murni. Dengan lain perkataan Islam adalah menjadi sandaran kepada cara pemerintahan beraja yang menjadi warisan Bangsa Brunei. Walaupun terdapat beberapa puak dan kaum yang berlainan agama, keturunan dan budaya namun atas kesetiaan mereka pada raja, kesepaduan dan kesefahaman tetap dapat diwujudkan dalam konsep bernegara. Dan inilah keberkatan dari amalan hidup yang berasaskan kepada nilai-nilai MIB yang bertunggakkan ajaran Islam bagi membentuk cara hidup yang bercalak keBruneian. MIB adalah merupakan warisan Bangsa Melayu yang menjadi sumber kegemilangan dan keagungan empayar Melayu di Nusantara di zaman silam. Dan hari ini, Negara Brunei Darussalam adalah satu-satu Negara Melayu yang masih terus mengamalkan warisan tiga serangkai ini iaitu berbudaya Melayu, beragama Islam dan berpemerintahan sistem beraja berkuasa penuh. MIB adalah asas penegak ketuanan Bangsa Brunei yang berpaksi kepada Ugama Islam. Bagi Brunei pengamalan dan penghayatan nilai-nilai MIB dalam aspek kehidupan sudah berlangsung lebih 600 yang senantiasa menghadapi perubahan dan cabaran. Nilai-nilai MIB yang diamalkan ini adalah sebagai lambang identiti dan jatidiri Bangsa Brunei iaitu nilai-nilai positif dan murni untuk melahir insan kamil yang menjadi pewaris Bangsa Brunei di masa akan datang iaitu selaras denga Wawasan Negara 2035 Secara ringkasnya MIB itu dapatlah ditafsirkan seperti berikut: Bangsa Melayu Brunei yang diiktiraf oleh Perlembagaan Negara Brunei Darussalam di bawah Undang-Undang Taraf Kebangsaan Brunei 1961 adalah rakyat Sultan dengan kuat-kuasa mutlak undang-undang yang terdiri dari “… salah satu puak jati dari bangsa Melayu seperti berikut; iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut atau Tutong”. Rakyat Sultan yang terdiri dari tujuh puak ini adalah menjadi akar tunjang ke-Melayu-an di negara ini. Identiti Bangsa Brunei tersebut adalah taat setia menjunjung pemerintahan beraja, berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu Brunei, beradat istiadat, mengamalkan nilai-nilai ke-Melayu-an Brunei, menganuti, menghormati nilai-nilai dan ajaran Islam. Sebagai sebuah negara Melayu, Negara Brunei Darussalam menggunakan bahasa Melayu dan menjadikannya bahasa rasmi Negara dengan tulisan jawi diberikan keutamaan, kesemua ini menjadi jiwa bangsa orang Brunei dan diamalkan sebagai alat pentadbiran, perhubungan, perpaduan, dan pengenalan orang Brunei sebagai bangsa yang bertamadun. Dengan unsur Melayu di dalam konsep ini, orang Brunei akan terus memelihara dan mengamalkan cara hidup ke-Brunei-an yang bersendikan etika, adat resam dan kebudayaan Melayu yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai dan ajaran Islam. Nilai-nilai dalam cara hidup ini antaranya ialah; taat setia kepada raja dan pemerintah; kuat berugama dan menuntut ilmu; tahan lasak dan berdiri di atas kaki sendiri yang digambarkan oleh nilai-nilai seperti bakarih, bajarih, bebasah bekaring, cakah dan malu untuk meminta-minta; beradab dan bersopan melalui nilai-nilai beawar galat, meunuakan dan menghormati dan mentaati ibu-bapa; jujur dengan sifat belurus; berbudi-mulia melalui nilai-nilai inda camah mata, memucang-mucang kuat membantu orang lemah dan bersilaturahim; kemas dan sempurna di dalam pekerjaan melalui nilai-nilai luntanan dan titih lagi sempurna.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhammad Melayong, Muhammad Hadi
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and state
D History General and Old World > DS History of Asia > Islamic civilization
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 52-56
Keywords: Brunei, Islam and state, Melayu Islam Beraja
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131423
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131423.pdf] Text
131423.pdf

Download (1MB)

ID Number

131423

Indexing

Statistic

Statistic details