“China-Melayu berkelahi lagi?” sekilas pandang mengenai minda ulama tempatan mendepani konflik perkauman, 1941-1948

Haniffa, Mohamed Ali and Mohamad, Ayu Nor Azilah (2018) “China-Melayu berkelahi lagi?” sekilas pandang mengenai minda ulama tempatan mendepani konflik perkauman, 1941-1948. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.1: 5. pp. 30-36. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Artikel ini mengemukakan mengenai peranan dan minda ulama tempatan berikutan konflik perkauman selepas pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1948. Pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu memberikan ruang kepada komunis melakukan kezaliman khususnya ketika proses melegitimasikan kuasa mereka. Orang Melayu yang dizalimi oleh komunis mula bergantung kepada ulama, pemimpin agama dan tempatan serta memanifestasikan jihad dan sabilillah. Golongan ulama telah menjadi pemersatu dalam mendepani konflik perkauman terbesar dalam sejarah Malaysia. Minda dan peranan ulama tempatan telah memberikan inspirasi kepada masyarakat Melayu di seluruh tanah air bagi mempertahankan nyawa, bangsa dan agama. Kajian ini menggunakan sumber lisan dan kaedah penyelidikan kepustakaan, melibatkan dokumen dan fail. Hasil kajian mendapati bahawa ulama tempatan telah menjadi tenaga dalaman dalam mencetuskan nasionalisme. Minda dan peranan mereka lebih bersifat untuk membebaskan tanahair.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131420.pdf]
Text
131420.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics