Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai perbezaan pencapaian akademik pelajar dalam kursus Statistik berdasarkan fakulti dan pensyarah yang mengajar. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah Analisis Varians (ANOVA) satu hala bersama kesan blok, di mana pensyarah dikendalikan sebagai pemboleh ubah blok untuk mengawal variasi pengajaran. Sampel kajian terdiri daripada pelajar yang mengikuti kursus Statistik daripada tiga fakulti kejuruteraan di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Data yang dikumpulkan terdiri daripada markah peperiksaan akhir pelajar dan dianalisis menggunakan perisian statistik bagi mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian akademik pelajar antara fakulti serta antara pensyarah dalam setiap fakulti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar berdasarkan fakulti, dengan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal mencatatkan prestasi yang lebih tinggi berbanding Fakulti Kejuruteraan Awam. Walau bagaimanapun, faktor pensyarah tidak menunjukkan kesan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar. Kajian ini mencadangkan agar intervensi pengajaran difokuskan kepada fakulti tertentu bagi meningkatkan keberkesanan penguasaan pelajar dalam kursus Statistik.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Shamsuddin, Maisurah maisurah025@uitm.edu.my Mahlan, Siti Balqis sitibalqis026@uitm.edu.my Hamat, Muniroh muniroh@uitm.edu.my Alias, Fadzilawani Astifar fadzilawani.astifar@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
| Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Mathematical statistics. Probabilities Q Science > QA Mathematics > Mathematical statistics. Probabilities > Data processing |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | The New Frontiers Of E-Learning : Shaping The Future Of Education |
| ISSN: | 978-629-98755-7-4 |
| Volume: | 10 |
| Page Range: | pp. 80-87 |
| Keywords: | Pencapaian akademik, Statistik, ANOVA |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131375 |
