Unik tapi benar setiap kantung madu kelulut rasa berbeza

Baharuddin, Nurul Syuhada and Ahmed, Norizan (2025) Unik tapi benar setiap kantung madu kelulut rasa berbeza. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Kalau anda bayangkan madu itu sentiasa manis dan seragam, madu kelulut bahal ubah persepsi anda. la nampak macam madu biasa, tapi dari segi rasa memang penuh kejutan! Madu kelulut boleh rasa masam dulu, kemudian datang pula rasa manis lembut yang mengalir perlahan. Ada juga yang tinggalkan rasa seperti buah tropika, herba hutan, atau bunga liar. Semuanya bergantung pada jenis tumbuhan yang dilawati lebah.
Setiap kantung madu membawa rasa yang berbeza. Ada yang terasa 'kering' macam llmau nipis, ada yang beraroma floral, malah ada yang sukar digambarhan dengan kata-kata. Itulah yang menjadikannya menarik kerana tiada rasa yang sama, tiada dua titisan yang serupa. Pengalaman ini menjadihan madu kelulut bukan sekadar makanan atau ubat tradisional, tetapi satu bentuk eksplorasi rasa yang mengujakan. Anda takkan tahu apa yang bakal anda rasa sehingga anda cuba sendiri dari kantung ke kantung.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131296.pdf]
Text
131296.pdf
Download (516kB)
Indexing & Metrics