Abstract
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Bahagian Perkhidmatan Psikologi atas inisiatif bagi menghasilkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan dan Pemantapan Program Pementoran di UiTM. Langkah proaktif ini menunjukkan komitmen UiTM dalam pembangunan modal insan melalui budaya membimbing dan budaya pembelajaran berterusan di samping mengurus modal insan secara efektif dan menyeluruh tanpa mengabaikan aspek psikologi dan kemanusiaan. Buku Garis Panduan Pelaksanaan dan Pemantapan Program Pementoran di UiTM ini bertujuan untuk menerangkan konsep pementoran, proses dan kaedah pelaksanaannya selain memuatkan manual pelaksanaan program pementoran sebagai panduan kepada semua pentadbir dan pengurus sumber manusia di UiTM. Ini merupakan kesinambungan dari Program Pengupayaan Kendiri yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Pejabat Pendaftar UNSPECIFIED |
Number: | 1 |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13122 |