Transkrip wawancara bersama Puan Nik Azina binti Nik Abdullah penerus legasi kuih tradisional Kelantan

Mohd Najib, Nur Ain Najihah and Mahadhir, Marizzati (2024) Transkrip wawancara bersama Puan Nik Azina binti Nik Abdullah penerus legasi kuih tradisional Kelantan. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temubual ini dilakukan bersama Pengurus Koperasi Keluarga Hajjah Nik Meriam iaitu Puan Nik Azina Binti Nik Abdullah untuk mengetahui tentang sejarah penubuhan dan pengalaman dalam meneruskan legasi allahyarham ibunya. Temubual ini telah dijalankan di Tempat Pembuatan Kuih Tradisional Nik Ye, Tarikh temubual adalah pada 10 Jun 2024 bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Puan Nik Azina Binti Nik Abdullah pada mulanya adalah seorang wanita bekerja tetapi beliau sanggup berhenti kerja untuk menyambung legasi sebagai penerus pengusaha dan kini beliau adalah Pengurus Produk Koperasi Keluarga Hajah Nik Meriam. Tugas Puan Nik Azina Binti Nik Abdullah sebagai Pengurus Produk ialah mengembangkan visi perniagaan dan strategi produk, melancarkan dan menjaga kualiti produk dan memelihara kuih tradisi Kelantan. Pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh Puan Nik Azina Binti Nik Abdullah semasa mengurus di Koperasi Keluarga Hajjah Nik Meriam. Sejarah perniagaan dan perjalanan beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131117.pdf]
Text
131117.pdf
Download (272kB)
Indexing & Metrics