Abstract
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah menganjurkan program Wacana Intelek bertajuk “Jendela Demokrasi 2.0: Memperkasa Hak dan Kedaulatan Perkara 153” pada 18 Mei 2025 di Dewan Kuliah Tok Puan Sungei Ujong (TPSU) 2. Program yang berlangsung dari jam 8.00 hingga 11.00 malam ini menampilkan tetamu khas, Awang Sariyan, dan bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain. Program ini disertai oleh 250 peserta dan turut menjadi lawatan pertama beliau ke kampus tersebut atas kapasiti sebagai Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Nasrul, Muhammad Faiz UNSPECIFIED Sujidin, Muhammad Syah Ikmal UNSPECIFIED Abdul Majid, Saiful Hasbullah UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) J Political Science > JC Political theory. The state. Theories of the state > Nationalism. Nation state |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar |
| ISSN: | 3030-6752 |
| Keywords: | Wacana Intelek, Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, mahasiswa |
| Date: | October 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131107 |
