Abstract
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM telah mengadakan satu Sesi Pre-Test Kajian Kepuasan Pelanggan bertempat di PTAR Kampus Puncak Perdana sebagai langkah awal dalam merangka pelaksanaan kajian menyeluruh terhadap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Sesi ini bertujuan untuk menilai kesesuaian instrumen kajian serta memastikan ketepatan soal selidik yang akan digunakan dalam kajian sebenar kelak. Bagi memperkukuh kualiti penyelidikan, PTAR telah mendapatkan kepakaran dan khidmat nasihat daripada Prof. Madya Dr. Mad Khir Johari Abdullah Sani, pensyarah kanan dari Fakulti Sains Maklumat, UiTM. Program ini turut dihadiri oleh En. Ahamad Zuber, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, dan En. Mohd Ismail Abidin, Timbalan Ketua Pustakawan, yang turut memberi pandangan terhadap penambahbaikan aspek metodologi serta pelaksanaan kajian di lapangan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Nasir, Mohd Alfarabie UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
| ISSN: | 2735-1920 |
| Keywords: | PTAR, IQRA, Buletin, Kajian kepuasan pelanggan. |
| Date: | November 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131069 |
