Abstract
Sejak tanggal keramat 31 Ogos 1957, terlakarlah sejarah sebuah negara berdaulat bergelar ‘Malaysia’, sebuah negara progresif dan multi-bangsa yang merdeka daripada cengkaman kolonial British. Perjuangan generasi terdahulu telah membuka jalan kepada kemajuan dalam pelbagai aspek pembangunan negara termasuk ekonomi, pendidikan, dan perpaduan sosial. Namun, kemerdekaan bukanlah noktah akhir, tetapi satu permulaan baharu yang perlu dimaknai semula dari semasa ke semasa, seiring dengan peredaran zaman dan cabaran global. Kini, selepas lebih enam dekad merdeka, bentuk perjuangan dan cabaran negara semakin berubah. Dunia kini memasuki fasa baharu yang digerakkan oleh revolusi teknologi digital, khususnya kemajuan pesat dalam bidang Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI). Dalam konteks ini, persoalan yang timbul ialah: apakah erti kemerdekaan pada era pasca kolonial yang ditentukan oleh aliran data, algoritma dan automasi? Di dalam era modernisasi yang baru ni, era AI bukan sekadar memperkenalkan mesin pintar atau robot canggih, malah melibatkan anjakan paradigma terhadap cara manusia hidup, bekerja, berfikir dan berinteraksi dalam ruang maya dan fizikal. AI kini meresap ke dalam struktur negara: dari bilik darjah hingga sistem pertahanan, dari kilang perindustrian hingga pentadbiran
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Libasin, Zuraira UNSPECIFIED Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Kecerdasan buatan(Artificial Intelligence), Algoritma, Robot |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131058 |
