Abstract
Sebaik saja terdengar suara azan dari surau, aku pun terbangun dari tidurku dan menunaikan solat subuh. Usai solat subuh hati terasa lega persis selesai membayar hutang. Seperti di pagi minggu biasanya aku akan pergi ke pantai untuk mengambil ikan yang ayah jaring semalam di laut lepas. Tidak berlama-lama selepas meneguk secawan kopi pekat, aku mengatur langkah keluar rumah menuju ke bibir pantai. Angin yang berhembus sepoisepoi menggoyangkan pohon-pohon kelapa tumbuh berderet rapi, burungburung laut berkicau riang, bebas terbang di langit biru. Matahari mula memunculkan diri, cahaya lembut di pagi hari mewarnai lautan yang luas saujana mata memandang. Suara ombak berdesir sopan menyentuh pasir di gigi pantai. Setiap hari aku tidak pernah jemu menatap dan mendengar suasana alam yang indah ini. Membuatkan aku semakin jatuh cinta dengan negeriku yang begitu aman dan indah ini. Dari kejauhan sudah terhidang lukisan alam di atas kanvas Ilahi dengan air laut yang jernih dan pasir berwarna putih. Aku menghampiri ayah di atas dermaga kayu yang sederhana luasnya, terus aku capai sekarung ikan tongkol segar dari tangan ayah. Aku pun bergegas pulang agar ikan-ikan tongkol tangkapan ayah tidak terlambat untuk dijual di pasar tani di pekan. Setelah mengisi ikan-ikan ke dalam bakul, aku menuju pekan dengan motosikal roda tigaku. Di sepanjang jalan kelihatan bendera-bendera berjalur merah putih berkibar megah di hadapan rumah penduduk, petanda warga Malaysia akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan tidak lama lagi. Cantik pula kelihatannya suasana kampung dengan deretan bendera yang berkibar di kiri kanan jalan. Perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia tiba-tiba datang menjentik lembut hatiku. Dengan senyuman terukir di sepanjang perjalanan, sedarsedar aku sudah sampai di pasar pagi. Pak Ali yang sudah siap dengan bakul-bakul ikan melambai-lambai aku.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mohd Rosly, Wan Nur Syaziyani UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Dermaga, Kemerdekaan, Bendera |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131046 |
