Program 1 Staf 1 perkongsian ilmu siri 10/2025 anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah

Mohd, Hamidah (2025) Program 1 Staf 1 perkongsian ilmu siri 10/2025 anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Merbok, 5 November 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB), UiTM Cawangan Kedah telah berjaya menganjurkan Program 1 Staf 1 Perkongsian Ilmu Siri 10, bertempat di Sudut IT, PSB. Program yang berlangsung dari jam 3.30 hingga 4.30 petang ini diadakan sebagai salah satu inisiatif PSB untuk memupuk budaya perkongsian ilmu dalam kalangan warga perpustakaan. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan staf berkongsi pengetahuan dan kepakaran masing-masing, memperkukuh profesionalisme, serta menjadikan amalan perkongsian ilmu sebagai budaya organisasi di PSB. Siri ke-10 ini menampilkan dua sesi perkongsian menarik oleh staf perpustakaan. Puan Norismaliza Che Oon berkongsi topik bertajuk “Leisure Reading @ Permata”, yang memberi pendedahan tentang koleksi bahan bacaan santai dalam bentuk eBook melalui sistem Permata. Beliau turut menunjukkan kaedah mencari dan meminjam bahan eBook dengan mudah, merangkumi pelbagai kategori seperti novel, biografi, motivasi, kesihatan, dan gaya hidup.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131035.pdf]
Text
131035.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics