Abstract
Merbok, 5 November 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB), UiTM Cawangan Kedah telah berjaya menganjurkan Program 1 Staf 1 Perkongsian Ilmu Siri 10, bertempat di Sudut IT, PSB. Program yang berlangsung dari jam 3.30 hingga 4.30 petang ini diadakan sebagai salah satu inisiatif PSB untuk memupuk budaya perkongsian ilmu dalam kalangan warga perpustakaan. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan staf berkongsi pengetahuan dan kepakaran masing-masing, memperkukuh profesionalisme, serta menjadikan amalan perkongsian ilmu sebagai budaya organisasi di PSB. Siri ke-10 ini menampilkan dua sesi perkongsian menarik oleh staf perpustakaan. Puan Norismaliza Che Oon berkongsi topik bertajuk “Leisure Reading @ Permata”, yang memberi pendedahan tentang koleksi bahan bacaan santai dalam bentuk eBook melalui sistem Permata. Beliau turut menunjukkan kaedah mencari dan meminjam bahan eBook dengan mudah, merangkumi pelbagai kategori seperti novel, biografi, motivasi, kesihatan, dan gaya hidup.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd, Hamidah UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
| ISSN: | 2735-1920 |
| Keywords: | PTAR, IQRA, Buletin, Program 1 Staf 1. |
| Date: | November 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131035 |
