Abstract
Program Team Bonding: Strikes and Spares telah dianjurkan pada 24 November 2025 di Lite SuperBowl JB 7 Mydin Tunjong dengan inisiatif untuk mengukuhkan semangat kerjasama, kesepaduan dan hubungan profesional dalam kalangan warga Perpustakaan Tengku Anis. Aktiviti berbentuk sukan santai ini dipilih bagi mewujudkan suasana ceria dan tidak formal, sekali gus memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara lebih dekat di luar rutin kerja harian. Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkukuh hubungan kerja dan komunikasi dalam kalangan staf perpustakaan, di samping meningkatkan semangat berpasukan melalui aktiviti rekreasi berbentuk kompetitif secara sihat. Selain itu, program ini turut bertujuan mewujudkan suasana kerja yang positif melalui penglibatan sosial dan sokongan rakan sekerja, serta menyemarakkan keterlibatan staf dalam program dalaman yang menyokong kesejahteraan mental dan motivasi kerja.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Saleh, Salina UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
| ISSN: | 2735-1920 |
| Keywords: | PTAR, IQRA, Buletin, Program Team Bonding. |
| Date: | November 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130933 |
