Lawatan akademik pelajar Fakulti Perakaunan

Zaman, Nur Fatin Nadzirah and Umar Syarifudin, Siti Aisyah (2016) Lawatan akademik pelajar Fakulti Perakaunan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.

Abstract

Pada 25 Oktober hingga 28 Oktober 2015 yang lepas, seramai 21 orang pelajar AC1 105E dengan dibiayai oleh Tabung Amanah Pembangunan Akademi Pelajar (TAPA) beserta penasihat akademik, Puan Azlina Ghazali telah mengadakan lawatan ke Fakulti Perakaunan UiTM Puncak Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Akademi Percukaian Malaysia dan Kilang GR Tile yang terletak di Klang. Lawatan akademik ke fakulti-fakulti perakaunan UiTM Puncak Alam dan UKM adalah bagi mendedahkan pelajar dengan plan pengajian yang ditawarkan jika ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di sana. Selain dari itu, ianya juga bertujuan untuk memotivasikan pelajar ke arah pencapaian akademik yang lebih baik dengan penerangan tentang aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang tersedia di universiti-universiti tersebut. Lawatan ke Akademi Percukaian Malaysia pula telah mendedahkan pelajar dengan proses perlaksanaan dan pengendalian badan percukaian Malaysia sementara lawatan ke kilang telah memberi peluang kepada pelajar untuk melihat secara langsung bagaimana pengurusan belanjawan, kaedah pemasaran dan aliran tunai dijalankan dalam sesebuah organisasi berdasarkan teori-teori yang telah dipelajari di bilik kuliah.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zaman, Nur Fatin Nadzirah
UNSPECIFIED
Umar Syarifudin, Siti Aisyah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus
Journal or Publication Title: Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin
ISSN: 2232-1578
Keywords: Lawatan akademik, Fakulti Perakaunan, UiTM Sarawak
Date: July 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130905
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 130905.pdf] Text
130905.pdf

Download (1MB)

ID Number

130905

Indexing

Statistic

Statistic details