Model pembangunan inklusif asnaf melalui zakat keusahawanan di Taman Negara Ledang

Mamat, Norazlina and Mohd Arif, Mohd Izzat Amsyar and Mat Rani, Mohd Afandi and Adenan, Faezy and Ahmad Rosli, Muhammad Syahrul Deen and Moidin, Shofiyyah (2023) Model pembangunan inklusif asnaf melalui zakat keusahawanan di Taman Negara Ledang. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 170-173. ISBN 978-967-0033-17-4

Abstract

Zakat memainkan peranan penting dalam menolong orang miskin untuk memenuhi keperluan hidup dan meningkatkan taraf pendapatan asnaf ke arah yang lebih baik. Bagi asnaf fakir dan miskin progresif yang sihat dan mampu berdikari, suatu program khusus boleh di rangka dan direncanakan. Oleh itu, untuk mengeluarkan golongan ini daripada garis kemiskinan, aktiviti keusahawanan boleh dijadikan suatu pendekatan berimpak disamping memacu prestasi ekonomi sesebuah negara. Lazimnya hanya satu model pembangunan keusahawanan zakat digunapakai oleh setiap Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi semua latar belakang dan demografi asnaf. Sedangkan wujudnya jurang yang luas antara kawasan bandar dan luar bandar. Berbeza dengan di bandar, masyarakat luar bandar menghadapi cabaran ekonomi yang kurang dinamik, fasiliti terhad, penggunaan sumber dan daya tidak optimum dan sebagainya. Justeru, berasaskan kepada kelestarian prinsip filantropi Islam dalam memastikan kehidupan asnaf terjaga dan terbela, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan suatu model keusahawanan asnaf yang inklusif dan khusus untuk dilaksanakan di kawasan luar bandar. Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan, dan temu bual responden. Data yang diperolehi dianalisis berasaskan metode induktif dan deduktif. Model yang dibangunkan ini berpotensi menjadi satu perintis dan panduan kepada seluruh agensi zakat di seluruh Malaysia.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mamat, Norazlina
UNSPECIFIED
Mohd Arif, Mohd Izzat Amsyar
UNSPECIFIED
Mat Rani, Mohd Afandi
UNSPECIFIED
Adenan, Faezy
UNSPECIFIED
Ahmad Rosli, Muhammad Syahrul Deen
UNSPECIFIED
Moidin, Shofiyyah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Social responsibility of business. Social entrepreneurship
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics
Volume: 1
Page Range: pp. 170-173
Keywords: Pembangunan asnaf, Keusahawanan, Taman Negara Ledang
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130836
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 130836.pdf] Text
130836.pdf

Download (3MB)

ID Number

130836

Indexing

Statistic

Statistic details