Abstract
Pada 19 Mac 2016 yang lalu, seramai 36 pelajar beserta 4 pegawai pengiring telah berkumpul di UiTM Samarahan dan bergerak ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, Taman Seri Puteri, Kuching bagi tujuan Lawatan Sehari. Lawatan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik (PRISMATICS) di bawah Jabatan Sains Matematik bagi mendekati dan mengenali penghuni wanita di bawah umur 18 tahun yang bermasalah dan pada masa yang sama menceriakan mereka. Semasa sesi ini berlangsung, peserta sentiasa dipantau oleh pegawai dari jabatan kebajikan demi keselamatan pelajar. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya ialah aktiviti sukaneka indoor dan outdoor. Kemuncak bagi aktiviti ini adalah sesi luahan kisah hidup penghuni-penghuni tersebut, namun bagi menjaga sensitiviti penghuni tersebut peserta tidak dibenarkan untuk mengambil gambar mereka. Pada penutupnya pula, PRISMSATICS turut menyampaikan bantuan pakaian dan barang-barang terpakai untuk diberikan kepada anak-anak yatim di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuching.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zainuddin, Puteri Faida Alya UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | PRISMATICS, Program kebajikan, Jabatan Sains Matematik, UiTM Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat |
| Date: | July 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130762 |
